Pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson 2018 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan raya kecil Port Dickson 2018 di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang keempat selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya Laksamana Muda Dato’ Danyal Balagopal Abdullah (B) (PKR) telah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pada 12 September 2018 lalu. Pada 24 September 2018, BN telah memboikot PRK ini dengan tidak meletakkan calonnya kerana keputusan PKR mengosongkan kerusi Parlimen sebagai cara tidak demokratik. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 29 September manakala hari pengundian awal pada 9 Oktober dan hari mengundi pada 13 Oktober 2018. Pada malam keputusan, Dato Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi parlimen itu dengan memperoleh majoriti sebanyak 23,560 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

PartiNama CalonUndiKeputusan
PH-PKRDatuk Seri Anwar Ibrahim31,016Menang
PASLt. Kol. (B) Nazari Mokhtar7,456Kalah
BebasTan Sri Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad4,230Hilang Deposit
BebasStevie Chan Keng Leong337Hilang Deposit
BebasLau Seck Yan214Hilang Deposit
BebasKan Chee Yuen154Hilang Deposit
BebasMohd Saiful Bukhari Azlan82Hilang Deposit